Friday 31 May 2013

Rezeki Zara Sentiasa Adoo!!! Thanks Nanny dan Atuk

minggu lepas aku balik kampung gak, sbb kawan baek aku masa dari sekolah rendah sampaila sekolah menengah kawen. aku balik kampung tompang officemate aku, Cik Atie, thanks cik Atie kerana menumpangkan kami hari jumaat tu (cuti wesak). Encik Husbend kijo, so die balik hari Ahad tu. nnti aku cite siket kt next entry pasal wedding kawan aku tuh..hiii..

sekarang ni nak cite pasal rezeki cik Zara yang tak pernah putus. Alhamdulillah. Terima kasih nanny dan atuk. Hari Sabtu malam tu, cadang nk pgi pesta kt BP tapi cam tak best jek, kitorang pong pg ke Square One Mall. Nanny belikan zara baju princess.. 

Taraaaa....

Cantiknyeeee dress baru zara!!!

Tetibe mggu ni balik lagi, tengok2 atas meja solek ade dress lagi dgn stoking.. Princess la awak ni zara.. Big Thanks Nanny!!! Hug and Kisses for you!!!

dress and stoking hijau!!

Moga Allah sentiasa murahkan rejeki Nanny dan Atuk. Amin Ya Rabbal Alamin.




Pagi Sabtu Yang Menggeramkan Hati!!!


pagi tadi, aku bangun pukul 6 pagi okay, awal tuuuu....sbb pagi ni nak balik kampung kat BP untuk merawat penyakit Mr. BKC yg bagi aku tersangatlah penting kesakitan yang beliau alami. Kesian kat beliau dan cik Zara yang kuat sgt berpeluh tuuuu!!! bangun tu aku mandi, solat n siapkan sume barang2 utk dibawa pulang ke kg. pastu siapkan cik zara. okeh...habis cite kat situ..

Encik Husbend pong kuarla pg angkat2 barang masuk dalam kete. Pastu ak agak curious gk nape lama sgt die tak masuk2 rumah sbb ado lagi barang yang nak kena bawak, so aku pn angkat cik Zara keluar, tengok Encik Husbend sdang cangkung depan motor tgok minyak hitam motor melimpah keluar, and yg paling tak puas hati Encik Husbend kata benda tu baru lagi dibukak. Penutup hilang, die tnggalkan ape ntah filter ko apo tak tau..OH MY GODNESSS.....siapakah gerangan insan yang melakukannya, aku dah maafkan. Masa mula2 tgok orang buat motor kiter cmtu agk marah, sedih, geram, sakit hati n semua2 la yang negatif. Sampai aku cakap sapa yang wat motor kitorang camtu, aku mmg takkan maafkan smpai mati.  Tapi bile aku dah cool siket, agk menyesal kata camtu. So, dgn ikhlas hatinya aku maafkan. biarla kami yang tanggung kesusahan ini dengan redha. 

(p/s utk org yang melakukan: sila luahkan kreativiti dan kepandaian anda dalam melakukan perkara sedemikian di waktu yang betul dan sesuai.aku doakan ko takkan alami ape yang ko buat kat kitorang ni.)

Nanti hari Isnin, kami balik dr kampung, kami hantar awak ke bengkel ye. sob sob sob...moga tak de la kejadian sebegini berlaku lagi. Rahmatilah keluarga kecil aku ini Ya Allah.





MANIFESTO JUARA VERSUS MUSIM KEDUA!!!

Manifesto menang?????yeayyy!!! mai share siket duit tu ngan aku ni boleh gak buat topup utk ganti kompressor Mr. BKC kami yang cumei.heee...kalaulah dapatkan..(bermimpi jela kau moon oiii)

Mai aku share siket pasal pendapat aku pasal Konfrontasi Akhir Versus Musim Kedua.
Estranged dan Kristal aku rasa memg agak tak best sgt.
Manifesto pun soma joo, tapi sebb suara abg Tomok sodap, mgkin sbb tu la gak diorang boleh jadi juara + sebab abg Tomok ramai peminat mgkin.hiiii...
Kyoto Protokol ??? aku suka die pnye arrangement lagu, tapi vokali nampak cm ke laut. mgkin abg fuad boleh jadi komposer yang bagus.
Oh Chentaku bagi aku unik gak la diorang punye arrangement lagu pastu vokali pun okie2 sajo, mgkin sebb tak ramai peminat sbb tu diorang tak dapt masuk beat akhir tu kot.

Apo-apo pong tahniah la Manifesto sbb dapat bergelar juara Versus Musim Kedua.



Sekian saje share dari aku pasal Versus Musim Kedua malam tadi. Nantikan jela, Versus Musim Ketiga plak yoo!!!

VERSUS MUSIM KEDUA!!!


Agak-agaknya siapakah yang bakal bergelar juara dan meraih hadiah wang tunai bernilai RM200,000? segalanya akan terjawab pada malam konfrontasi terakhir Versus2 yang akan disiarkan secara langsung di TV9 bermula  jam 9.30 malam ini. disebabkan aku ade cik zara yang comel lote ni, so tak dapat la nk g tgok live walaupun dekat jek dengan rumah.hihihi..kite tengok sesama la yeee cik zara malam ini..

live stream final versus 2 2013 siaran langsung akhir versus 2 final tv9 31 mei 2013


Pertarungan di antara kumpulan Kyoto Protocol, Manifesto, Estranged, Kristal & Oh Chentaku akan menyaksikan setiap band dikehendaki mempersembahkan tiga buah lagu (mash-up, lagu baru sendiri & lagu XPDC)

Aku mmg sokong Manifesto dan Oh Chentaku.. Diorang agak berbakat yee dalam merosakkan lagu..hihihi..Kekadang best gak tgok versus ni walaupun aku tgok tak selalu manapun.


Korang yang takde tv, tapi ado tenet boleh gk menonton secara online streaming di internet klik pada pautan url 


Thursday 30 May 2013

Favorite Video Lagu Cik Zara!!!

kalau nak tinggal zara pg mandi ke masak ke wat keje rumah siket2 ker, pancing je bagi die tgok video lagu Head Shoulder Knees and Toes.. Siyes tak tipuuu, zara memg suka sebab kartun die mmg sgt cumei..

harap2 bile zara dah besar siket boleh zara belajar siket ikut pergerakan. sambil berhibur, zara boleh belajar jugek..hiiii..


taraaaa.. ni la videonyaa..saje jek nak share.hihihihi...

jom nyanyi sesama..hiii..

Head Shoulders Knees & Toes (Let's Learn) Lyrics and Actions
♫ (Spoken)
Head. [Point to your head.]
Shoulders. [Point to your shoulders.]
Knees. [Point to your knees.]
Toes. [Point to your toes.]
(Repeat)

Eyes. [Point to your eyes.]
Ears. [Point to your ears.]
Mouth. [Point to your mouth.]
Nose. [Point to your nose.]

Head. 
Shoulders. 
Knees. 
Toes.

(Singing)
Head, shoulders, knees, and toes, knees and toes.
Head, shoulders, knees, and toes, knees and toes.
And eyes and ears and mouth and nose.

Mai tengok betapa khusyuknye cik zara tgok video ni...


Susu Cik Zara

hari ni aku nak share siket pasal susu yang zara minum sejak die lahir lagi. of course la waktu lahir aku memang takde standby susu formula pong, sbb mmg kalau boleh nk bagi fully breastfeed tapi waktu zara lahir pn takde pn kuar susu apatah lagi kolostrum..sob sob sob..sian cik zara. kitorang kena duk satu malam kat wad, tak taula ape yang cik zara hisap sobonarnyee..huhu..adela orang kata tak mungkin lahirkan baby tak de susu, tak de kolostrum n what so ever la, aku memg non adoo..u oll boleh asking sama itu my mom sendiri. makan ubat, sayur, buah, sume2la utk booster susu tp tak berjaya gak.

so..akhirnya susu pertama yang aku cuba bagi ialah Anmum sbb masa cik zara kat perut pon ak minum susu anmum. tapi pas je minum cik zara kuarkan sume balik susu. sedih je tengok muka merah padam.


aku pn cuba susu yang kedua plak, dutch lady langkah 1, rumusan bayi punye...mula2 cm okeh je, lama2 jadi balik macam tuhh..huk3..paling best cik zara tak uk3 + kalau die nak uk2 muka merah padam. so, aku pn reject susu tu.


percubaan susu seterusnya ialah susu isomil soya rumusan bayi, haiihhhlaa cik zara. awak dah mcam experimen plak kitorang buat.huhu..pakai sampai 4 tin 900gm kot, cik zara 2-4 hari baru uk2..siannyee..mgkin tak sesuai dengan cik zara.


so, aku pn tukar susu lagi iaitu S26..huhu..bykkn susu zara cube..susu ni pn tak sesuai + aku pn tak bape nk suka bagi zara susu ni. tapi mana tau yang aku tak suka tu yang sesuai, aku pn cube jela, demi anak..akhirnyeeeee...non sesuaaiiiii gk.


susu seterusnya yang aku bagi kat zara ialah Frisolac Gold rumusan bayi. yeayyyyy akhinrya jumpe gak susu yang sesuai ngn cik zara mama yang manje ala ala princess gituuuu..cik zara hepi, boleh uk2 dgn selesa tnpa berkerut2 kening dan menunjukkan perkembangan tumbesaran yang baik.


zara minum susu Frisolac Gold ni lama gak la. adela dalam sebulan lebih. masa zara 4bulan setengah ke 5bulan kot, aku dah tukarkan susu zara kepada susu Enfalac A+ sebab kandungan DHA nya tinggi. Aku rasa tak salah kalau aku nak bagi anak aku susu ni even mahal siket sbb aku tak dapat nk bagi susu badan kat cik zara. Nampaknya sampai sekarang susu tu serasi ngn cik zara. Moga Cik Zara membesar dengan baik, sihat, cerdik, dan paling penting jadi ank yang solehah. In Shaa Allah.




Sayang Zaraaa!!!




Wednesday 29 May 2013

Bankrupsi Ini Bulan!!!

Sian Mr.BKC sudah tala aircond sekarang akibat dari kompressornya yang sudah uzur.. Kami sebagai penjaga yang baik ini, perlu la mencari kompressor baru utk awak..heee...

Survey pnye survey, cecah 1k gk la kalau nak repair + ganti itu kete..napey bulan ni la haih. Kami baru saje servis awak taw..sob sob sob..



Soba jela yoo wahai hatii!!!

Tuesday 28 May 2013

Mai Kena Secawan Nescafe Brown N Creamy...Memg Berkrim..


Mai la pekena nescafe ini satu cawan.....tiap pagi bile kat ofis memg wajib minum weh khabaq hang..hiii..bukan nak cakap la.nescafe ini mmg sedap sehingga menjilat bibir sendiri.hahaha..
Kalau nak cube boleh beli sendirian berhad di kedai runcit atau hypermarket berhampiran rumah korang yoo..

aummmphhhh....

gamber skadar iklan sajee...



Rasa Hati Mau ke Pulau!!!

Waaa..sudah lama rasanya tidak bercuti ke pulau2 dalam malaysia ni, even sebenarnye ak pn baru pernah pg dalam 2 ke 3 pulau sajoo.. hope sangat dapat berjalan2 di persisiran pantai bersama incip suami dan bby zara tersayang..wooo...konala ak ngn hubby menabung dengan penuh berhemahnyee..sob sob sob..

Jom kita usha2 dulu pulau mano yang best kat malaysia ni.ekeke..(bermimpi sikijap haa)
pulau langkawi 
pulau redang kat ganu
pulau perhentian...santeekknyee...
pulau sipadan nuuu kat sabah..bila la dapat pegi yek!!
kling kling kling!!! tabung bergerak mintak soponsor...heee...

Monday 27 May 2013

Hello Sayang Momma..

Sekarang zara dah besar siket dah, baru nak cite pasal die.

Aku lahirkan zara pada hari Ahad 25 November 2012 dengan berat 3.13kg..Tak mau cite kesakitan yang aku alami okeh. Masing-masing akan mempunyai pengalaman yang berbeza. Secara jujurnya, memg sakit yee.. So, soba jela. Kalau tak sakit, takkan la ade orang kata sakit bersalin adalah sakit no.1 yee di dunia. So incip incip suami kat luar sana sile HARGAI pengorbanan isteri awak semua untuk lahirkan zuriat awak kt dunia ini. hihihi..

Apepun, bila zara dah lahir dan membesar dengan sihat, aku rasa bersyukur sesangat. Semoga Allah sentiasa  zara di bawah rahmatNya, berikan zara kesihatan dan kehidupan yang baik dan sempurna, n yang paling penting panjangkan la umur aku supaya aku dapat lihat zara membesar.

zara kat dalam perut momma...
zara first day
zara 1 month-old

zara 2 month-old
zara 3 month-old
zara 4 month-old
 zara 5 month-old
zara 6 month-old
Kejap jek zara dah besar...sekarang dah ligat pusing, maju ke depan ke belakang, exercise angkat montot..hiii..cepat2 merangkak pastu jalan okeh sayang.. mama and ayah always love u..

Blog Aku Yang Ntah Ke Berapa Kali Ntah

Yeaaahaaaa!!!

Akhirnya aku sudah ado official blog untuk aku share kan ape2 yang aku rasa aku perlu share ngn korang sume. Org kata sharing is caring what...heee...

So....salam perkenalan untuk semua blogger.

tak sabar la aku nak menaip..heee...